Kaedah menjawab e-soalan
Dengan menggunakan kemudahan internet, sila layari web www.e-soalan.com dan masukkan No Kad atau Username dan Password pada ruangan yang berkenaan. Selepas itu ruangan pelajar akan dipaparkan.
Untuk mula menjawab soalan, sila klik pada butang ‘ Jawab Soalan’ dan satu laman yang mengandungi senarai semua set soalan akan dipaparkan. Terdapat 4 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Setiap subjek mengandungi 50 set soalan dan setiap set mengsandungi 20 soalan.
Pilih mana-mana set yang dikehendaki dan senarai 20 soalan akan dipaparkan. Anak-anak boleh terus mula menjawab satu persatu soalan dan apabila telah selesai menjawab, anak-anak perlu klik pada butang <HANTAR> untuk tujuan penyemakan. Selepas beberapa ketika, keputusan akan dipaparkan di skrin komputer dan ibubapa akan menerima keputusan tersebut melalui SMS.
Contoh SMS adalah seperti berikut :
Dari e-soalan : Markah Along subjek Sains untuk set 3 adalah 18/20 markah : 26-05-2009-04:27:20pm
Selepas itu anak-anak akan dapat melihat jawapan sebenar untuk set soalan tersebut.
Melalui laporan ini juga anak-anak boleh melakukan ulangkaji dengan melihat semula set-set soalan yang telah dijawab pada masa lalu dan ibubapa digalakan berbincang dan menerangkan kepada anak-anak sebab-sebab mengapa jawapan itu betul atau pun salah. |